Alaa Bib E10


Mikail bawa Bibah keluar jumpa kawan-kawannya. Semua kawan Mikail ingat Bibah adalah koleksi terbaru Mikail yang terkenal dengan kaki perempuan. Mikail bagitahu yang Bibah adalah rakannya dan kini menjawat jatawan sebagai pengarah di syarikat bapanya. Semua kawan-kawannya nampak terpesona. Bibah terperanjat mendengar penipuan Mikail. Bibah tak banyak cakap, hanya senyum dan ketawa sahaja sebab itu yang Mikail ajar. Berpeluh jugak Bibah dibuatnya. Bila balik, Mikail suruh Bibah jadi dirinya sendiri. Tapi Bibah cakap macammana nak jadi diri sendiri kalau Mikail kata dia kerja sebagai pengarah syarikat! Bibah tuduh Mikail masih malu nak bagitahu yang dia berkawan dengan budak kampung. Mereka bergaduh lagi. Mira mintak Bibah ingat cita-citanya dan cuba ikut rentak Mikail. Apa yang Mikail buat dah memang cukup baik. Mira ingatkan lagi tentang kolam renang depan rumah ibu yang Bibah nak buat sangat. Bibah hampir putus asa. Lokman jumpa Bibah dan bagitahu yang Ayu dah putus dengan dia. Lok